English | Bahasa Malaysia


Kepada Pelanggan Volvo,

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS DAN KEBENARAN

Dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) sejak 15 November 2013 dan mengikuti dengan ketat Seksyen 7 Akta tersebut, kami di VOLVO CAR MALAYSIA SDN BHD, subsidiari-subsidiari kami dan syarikat-syarikat yang berkaitan, termasuk kumpulan syarikat-syarikat Volvo Car (selepas ini dirujuk sebagai “Volvo Car Malaysia” atau “kami” atau “kita”), berhasrat untuk menjamin anda bahawa kami mengambil privasi anda secara serius dan adalah komited kepada perlindungan maklumat peribadi pelanggan kami.

Notis bertulis ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan anda tentang hak-hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang sedang diproseskan atau yang sedang dikumpulkan dan selanjutnya diproses oleh kami atau bagi pihak kami.

Selaras dengan pematuhan kami dengan Akta tersebut dan komitmen kami, kami berhasrat untuk memaklumkan bahawa data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif dan apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda kemudian memberikan kepada kami atau kepada peniaga kami) seperti nama, penghormatan, gambar-gambar, No. Kad Pengenalan atau pasport, jantina, kaum, agama, etnik, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, alamat-alamat, butir-butir kenalan, butir-butir kad kredit, status perkhawinan, butir-butir keluarga terdekat anda, butir-butir pekerjaan dan pendapatan anda, butir-butir pinjaman, butir-butir harta, butir-butir perujuk, data cara hidup dan data lain yang berkaitan yang dikumpul dari anda atau dari dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di perenggan di bawah, boleh digunakan untuk tujuan-tujuan:

  1. menilai dan/atau memproses apa-apa permohonan yang dikemukakan oleh anda;
  2. memudahkan pembelian anda dan penyediaan satu jualan;
  3. untuk mengurus dan berkhidmat perhubungan kami dengan anda dan memberikan anda dengan khidmat pelanggan yang lebih baik;
  4. menjalankan kaji selidik pasaran, penyelidikan atas perancangan, produk analisis trend, barangan dan perkhidmatan;
  5. menghantarkan pengemaskinian, risalah, bahan-bahan pengiklanan dan promosi, bahan komersial;
  6. membalas kepada pertanyaan anda;
  7. memberikan anda dengan maklumat atas produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  8. melaporkan kepada apa-apa pihak berkuasa yang berkaitan;
  9. membalas kepada apa-apa tuntutan atau proses undang-undang;
  10. penyediaan dan pengemukaan apa-apa tuntutan dan bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk apa-apa audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa jua tujuan berkaitan dengan perniagaan Volvo Car Malaysia;
  11. membolehkan kami untuk membalas kepada permintaan anda untuk sesi pandu uji;
  12. membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan sokongan kami seperti menyertai forum pemilik-pemilik kereta Volvo; dan
  13. tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan perkara di atas.

(secara kolektif, “Tujuan” tersebut).

Data peribadi anda adalah dan akan dikumpulkan dari anda dan/atau dari peniaga-peniaga kami dan/atau dari maklumat yang anda telah memberikan dalam dokumentasi yang anda telah memberikan kepada kami, semua permohonan, pendaftaran atau borang-borang permintaan (sama ada elektronik atau sebaliknya) yang anda telah melengkapkan, bersama dengan apa-apa maklumat lain yang mungkin kami mendapatkan tentang anda dari komunikasi-komunikasi lisan atau bertulis.

Kami boleh menyimpankan maklumat dan data anda untuk tempoh yang munasabah untuk membolehkan kami memenuhi Tujuan tersebut.

Kami juga boleh mendedahkan atau berkongsi maklumat dan data peribadi anda, yang telah dikumpulkan dari pelbagai sumber yang dinyatakan di atas, kepada rakan-rakan kongsi niaga dan syarikat-syarikat bersekutu kami seperti yang berikut:

  1. mana-mana entiti dalam kumpulan Volvo Car Malaysia dan kumpulan syarikat-syarikat Volvo Car;
  2. mana-mana pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kontraktor, peniaga, pengedar, perunding, peguamcara, ejen, juruaudit, majikan, rakan kongsi, rakan kongsi usaha sama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, syarikat pengurusan harta, pembekal perkhidmatan dan produk (termasuk mereka yang membantu kami menyediakan laman web Volvo Car Malaysia), syarikat-syarikat bersekutu, apa-apa pihak berkuasa yang berkaitan (kerajaan/bukan kerajaan), kedutaan, badan-badan berkanun, badan-badan kawal selia dan institusi kewangan Volvo Car Malaysia.
  3. Mana-mana orang lain yang di bawah kewajipan kesulitan kepada Volvo Car Malaysia;
  4. Organisasi-organisasi yang membekalkan arkib, pengauditan, nasihat profesional, kutipan hutang, insurans, pemasaran, perbankan, pengiklanan, rumah mel, penghantaran, pengambilan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti, program kesetiaan dan perkhidmatan keselamatan.

Kecuali yang tersebut di atas (yang anda dengan ini memberikan kebenaran anda), maklumat dan data peribadi anda tidak akan dipindahkan dengan sengaja ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau didedahkan dengan sengaja kepada mana-mana pihak ketiga.

Untuk Tujuan tersebut, kami atau rakan-rakan kongsi peniaga dan syarikat-syarikat bersekutu kami boleh menghubungi anda melalui pos, emel, telefon, SMS, fax atau apa-apa bentuk komunikasi elektronik untuk memaklumkan anda tentang perkhidmatan atau produk yang mungkin menarik minat anda.

Kamu juga membenar kepada pemindahan kami maklumat dan data peribadi anda kepada negara-negara di dunia di mana Volvo Car Malaysia ada urus niaga yang tidak menyediakan tahap perlindungan data yang sama seperti di Malaysia, kalau diperlukan untuk tujuan-tujuan di atas. Jika kami membuat pemindahan sebegitu, kami akan meletakkan satu kontrak untuk memastikan maklumat dan data peribadi anda adalah dilindungi.

Anda mempunyai hak untuk meminta sesalinan maklumat dan data peribadi anda (di mana kami akan mengenakan anda bayaran yang ditetapkan), untuk mengehadkan pemprosesan maklumat dan data peribadi anda, dan untuk meminta pembetulan maklumat dan data peribadi anda. Kami berusaha untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat dan data peribadi yang kami kumpulkan dan/atau proses adalah ditunjukkan dengan tepat dalam sistem kami mengikuti dengan butir-butir yang diberikan oleh anda. Oleh itu, ketepatan maklumat dan data peribadi tersebut bergantung sebahagian besarnya atas maklumat yang anda memberikan kepada kami. Sila maklumkan kami dengan serta-merta jika data peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah salah, tidak tepat atau tarikh luput.

Bagi tujuan ini, anda boleh menhubungi kami seperti berikut:

Marketing & PR Department
Volvo Car Malaysia,
Unit T2-L10, Level 10, Tower 2, Jaya 33
Jalan Semangat, Seksyen 13
46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

atau menghantar e-mel ke alamat tersebut:

[email protected]

Data peribadi anda yang diminta oleh kami adalah diperlukan untuk kami melaksanakan apa-apa Tujuan tersebut. Jika anda gagal membekalkan kepada kami data peribadi yang dimintakan, kami mungkin tidak dapat memproseskan data peribadi anda untuk apa-apa Tujuan tersebut.

Jika anda memberikan kami maklumat tentang orang lain, anda mengesahkan bahawa orang lain tersebut telah melantikan anda untuk bertindak bagi pihak beliau dan telah bersetuju bahawa anda boleh:

Jika anda tidak membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda dengan cara yang disebut terdahulu, sila memberitahu kami dengan menghubungi di alamat atau emel yang dinyatakan di atas.

Sila ambil notis bahawa:

  1. Notis ini adalah dikeluarkan dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris dan dalam apa jua keadaan tidak konsisten, versi bahasa Inggeris akan mengatasi; dan
  2. Volvo Car Malaysia berhak untuk meminda atau mengubah Notis ini dari semasa ke semasa yang akan dikemas kini secara automatic pada laman web kami yang dinyatakan di atas. Anda dinasihati untuk melayari laman web tersebut dari semasa ke semasa.